Nisbah Peserta Tabligh Positif COVID-19 Ialah 1:10

471
peserta tabligh positif covid-19 1:10

Meskipun pengurusan kes COVID-19 di Malaysia dalam keadaan terkawal pada beberapa minggu lalu, tidak dijangka bahawa jumlah pesakit positif meningkat dengan mendadak menerusi kluster tabligh.

Bagi yang tidak mengatahui, satu ijtimak tabligh telah diadakan pada 28 Februari sehingga 2 Mac di Masjid Seri Petaling dan dihadiri hampir 15,000 individu. Bermula daripada situ, ratusan kes COVID-19 dikenal pasti dan ia dikatakan berpunca daripada pesakit 136.

peserta tabligh lalui pemeriksaan covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa anggaran nisbah kes positif COVID-19 dalam kalangan peserta perhimpunan tabligh tersebut daripada yang telah melakukan pemeriksaan ialah 1:10. Setakat ini, sudah 11,000 tabligh yang telah pun melalui pemeriksaan virus tersebut.

Daripada jumlah peserta ini, 743 orang didapati positif COVID-19. Pemeriksaan dilakukan kepada 11,000 peserta dan persampelannya telah dilakukan kepada 6,700 daripadanya. Jadi, daripada 10 peserta yang melalui ujian, seorang adalah positif COVID-19.

Bukan itu sahaja, pemeriksaan rapi juga telah dilakukan ke atas 11 rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh di Sulawesi, Indonesia tetapi dibatalkan pada akhirnya. Dikhabarkan antara 80-100 rakyat Malaysia yang telah menghadiri perhimpunan tersebut.

Semoga semua jemaah Tabligh tampil untuk melakukan pemeriksaan dengan kadar segera.

Sumber

Comments

comments