Ratu Elizabeth Adakan Perjumpaan Keluarga Hari Ini Untuk Bincangkan Nasib Putera Harry Dan Meghan Markle

queen elizabeth

Pada minggu lalu, Putera Harry dan Meghan Markle membuat pengumuman mengejutkan mahu mengundurkan diri dari keluarga diraja dan hidup berdikari. Keputusan yang diumumkan di laman Instagram Sussexroyal ini dikatakan tidak dibincang terlebih dahulu bersama ahli keluarga diraja yang lain.

Terkejut dengan pengumuman itu, Ratu Elizabeth memanggil kesemua ahli diraja untuk membuat perbincangan secara bersemuka pada hari ini. Perbincangan ini akan turut dihadiri oleh ayah Putera Harry iaitu Putera Charles dan abangnya Putera William. Mesyuarat hari ini akan berlangsung di penginapan Queen Elizabeth di Sandringham, Norfolk, timur England.

Pengumuman undur diri

keluarga diraja united kingdom

Khabar angin tentang pasangan diraja ini yang dikatakan akan meninggalkan keluarga diraja akhirnya terjawab pada minggu lalu. Di dalam pengumuman itu juga, pasangan ini mendedahkan akan berpindah ke Amerika Utara pada tahun ini.

Kami berhasrat meninggalkan keluarga Diraja dan bekerja secara bebas sambil terus memberi sokongan penuh kepada Ratu Britain, Elizabeth II.

Putera Harry dan Meghan baru sahaja pulang ke United Kingdom selepas bercuti selama enam minggu di Kanada. Menurut masyarakat di United Kingdom juga, pasangan ini lebih banyak membahagikan masa antara Kanada dan United Kingdom dan tidak lagi menggunakan gelaran Diraja (Her Royal Highness).

Susulan daripada pengumuman mengejutkan ini, dilaporkan juga patung lilin pasangan Duke dan Duchess of Sussex tidak akan lagi dipamerkan di ruangan keluarga Diraja Britain iaitu di Muzium Madame Tussauds.

prince harry

Putera Harry merupakan pewaris takhta yang ke-enam selepas ayahnya Putera Charles, abangnya Putera William dan tiga anaknya. Perbincangan keluarga diraja pada hari ini akan turut disertai oleh Meghan Markle melalui panggilan telefon kerana beliau kini berada di Kanada bersama anak pasangan itu.

Comments

comments