Ratusan Ikan Ditemui Mati Di Sungai Damansara, Punca Masih Dalam Siasatan

ratusan ikan mati

Gempar! Penduduk sekitar Shah Alam dikejutkan dengan bau busuk dari ratusan bangkai ikan yang timbul di permukaan Sungai Damansara berdekatan Seksyen 13 di sini.

Memetik laporan Metro, salah seorang penduduk mahu dikenali sebagai Muhammad memaklumkan, dia menyedari kejadian itu sekitar jam 8.30 pagi ketika hadir ke pejabatnya terletak bersebelahan dengan sungai itu.

“Saya terkejut melihat banyak bangkai ikan timbul. Bagaimanapun saya dimaklumkan ada yang melihat bangkai ikan itu timbul lebih awal”

Sementara itu salah seorang penduduk sebuah kondominium berdekatan sungai itu turut terkejut apabila melihat banyak bangkai ikan dari atas balkoni kediaman dihuni.

Di laman sosial Twitter, terdapat beberapa pengguna yang berkongsikan gambar dan video kejadian.

Advertisement

Berbalik pada kenyataan penduduk kondominium itu, dia juga tidak pasti bilakah bangkai ikan itu mula timbul namun jumlahnya semakin banyak petang tadi. Malah terdapat lapisan seakan minyak di permukaan sungai itu.

Semua bangkai ikan berkenaan dilihat dibawa arus sungai berkenaan ke bahagian hilir sungai.

ikan mati
Sumber : Visithra

Sedih betul melihatkan banyak ikan yang mati. Semoga puncanya dapat diketahui segera dan ada pihak berwajib yang tampil untuk selesaikan kes ini. Aamiin.

SUMBER

SUMBERMetro

Comments