Ratusan Rakyat Afghanistan Berhimpit Di Dalam Pesawat Kargo

rakyat afghanistan melarikan diri

Dilaporkan seramai 640 rakyat Afghanistan memenuhi pesawat kargo milik tentera Amerika Syarikat (AS) dalam cubaan melarikan diri daripada negara itu.

Sehubungan itu, sekeping foto menunjukkan keadaan di dalam pesawat itu telah tular dipercayai rakyat Afghanistan berada dalam ketakutan.

Menerusi laporan Kosmo, AS menerbangkan sekurang-kurangnya dua pesawat C-17 ke Kabul dan dijangka akan lebih banyak pesawat lagi diterbangkan dalam minggu ini.

Advertisement

Rakyat Afghanistan lari ketakutan ke arah pesawat

Baru-baru ini juga tular satu video yang memaparkan warga Afghanistan berlari menuju ke arah pesawat yang bersedia untuk berlepas.

Namun, apa yang lebih membahayakan ialah tindakan segelintir individu yang cuba untuk memanjat pesawat tentera udara tersebut. Bahayanya!

@noktahhhhh

#Afghanistan #kabulairport

? Adfaita – Maghfirah M Hussein

Pesawat kargo penuh 

Foto yang tular itu menunjukkan kesemua mereka duduk di atas lantai sebelum beratur masuk ke dalam pesawat.

Pesawat itu nyatanya mampu memuatkan 150 tentera serta muatan seberat 77,000 kilogram.

rakyat afghanistan melarikan diri
Sumber : Defense One

Mereka bertindak meninggalkan kawasan kediaman mereka kerana dipercayai Taliban mula menakluk beberapa wilayah. Mereka takut jika kumpulan ini bertindak agresif terhadap penduduk.

Walaupun dilaporkan seramai lapan orang meninggal di lapangan terbang Kabul semalam, Presiden AS, Joe Biden tetap membuat keputusan untuk mengundurkan tentera AS dari Afghanistan.

Ini demikian kerana beliau tidak mahu lagi mengorbankan nyawa tentera AS di Afghanistan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERKosmo Online

Comments