Reaksi Anjing Ini Apabila Mangkuknya Kemek Mencuri Tumpuan Netizen

Gelagat seeokor anjing baka beagle ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Menurut pemuat naik asal posting tersebut, beliau telah mengundurkan kereta dan tergelek mangkuk anjing tersebut sehingga kemek.

Ramai yang geli hati melihat reaksi anjing tersebut tetapi ternyata kesedihan terpahat di raut wajahnya.

Anjing mana tak sedih kalau mangkuk kena gelek.

Advertisement

 

Sejurus selepas itu, anjing tersebut telah dibelikan mangkuk yang baru.

Rupa-rupanya video ini dimuatnaik di applikasi TikTok BeagleTUTU dan telah meraih puluhan ribu tontonan.

Comel je tengok anjing ni, happy teruk dapat mangkuk baru.

Sumber : TikTok

Comments

comments