Reaksi Lucu Isteri Bila Suami Kantoi Hisap Vape

Tidak dinafikan, pasti ada pasang surutnya bagi pasangan suami isteri dalam melalui kehidupan berumah tangga dan sudah menjadi lumrah sekali sekala pastinya akan menempuh hujan dan badai. Namun, semua itu harus ditempuhi dengan tenang dan matang.

Ini adalah kerana, perkara tersebut sememangnya asam garam dalam kehidupan sebagai suami isteri. Dalam melayari kehidupan berumah tangga, sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada suami ataupun dari pihak isteri.

Lebih bagus kalau kita dapat elakkan daripada sering bergaduh kerana ia sebenarnya tidak baik untuk hubungan sebagai pasangan suami isteri. Disebabkan itu, kadangkala guruan juga perlu bagi mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri.

Advertisement

Isteri ‘geram’ lihat suami selamba vape di depannya

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @enbardazizi yang memaparkan seorang suami ‘kantoi’ menghisap rokok elektronik atau vape di depan isterinya.

@enbardazizi@para_langgarmy jangan berani cuba3 ye.. hahaha? Bombastic – ?2? ???????

Dalam perkongsian video tersebut, pengguna itu berkongsi situasi lucu ketika dia dan seorang rakan lelakinya sedang menghisap vape di kawasan rumah rakannya itu. Namun tidak lama selepas itu, isteri rakannya tiba-tiba muncul dan menyedari perbuatan suaminya yang menghisap vape itu.

Situasi tersebut membuatkan si isteri geram dengan perbuatan itu dan dengan segera menyuruh agar suaminya memulangkan kembali vape itu kepada rakannya.

Apa yang membuatkan penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila isteri rakannya itu siap memegang gunting serta menarik telinga suaminya kerana merasa geram melihatnya.

“Kita bukan takut bini tapi bini yang menakutkan”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 929.1 ribu tontonan, 79.6 ribu tanda like dan 2.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu.

Suami kena marah dengan isteri sebab hisap vape
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Suami kena marah dengan isteri sebab hisap vape
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan kepada si suami supaya bersedia untuk tidur di luar rumah kerana situasi tersebut. Ada juga yang bergurau mengatakan yang para suami bukannya takut kepada isteri tetapi isteri yang menakutkan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments