Reaksi ‘Mat Salleh’ Lepas Cuba Makan Rendang Buat Netizen Terhibur

Kalau korang ada kawan yang berbeza budaya mesti timbul tanda tanya bagaimana reaksi mereka jika mencuba salah satu tradisi atau masakan daripada budaya kita.

Seperti yang dikongsikan oleh salah satu pengguna TikTok, dia menyuruh untuk rakannya (mat salleh) makan rendang untuk pertama kali yang dibawa khas dari tempatnya sendiri.

@teddssy

1. Bule itu gakuat pedes 2. Bule kalau cebok gapakai air 3. bayangkan sendiri ??? #makan #mukbang #travel #RoboguruGratis

? original sound – Teddy Dassa – Teddy Dassa

Pada awalnya dia risau rakannya tidak dapat makan rendang itu sebab jarang ‘mat salleh’ boleh makan pedas tapi lelaki ini cuba pulak dengan rakannya.

Advertisement

Kelihatan kesemua rakannya itu boleh menerima tapi muka mereka bertukar menjadi warna ‘merah’, mungkin sebab tak tahan pedas. Namun, dia mendapat respon yang positif kerana rakan-rakannya suka dengan rendang yang dibawa itu.

“Dari semua makanan yang pernah saya makan dalam hidup saya, ini yang paling sedap” 

Tidak berakhir di situ, keesokan harinya rakannya itu beritahu selepas dia makan rendang, dia mengalami sakit perut. Mungkin mereka memang tak boleh makan pedas sebab perut belum boleh adapt dengan makanan-makanan pedas.

Memang cukup terhibur apabila tengok reaksi mereka selepas makan rendang. Kalau korang ada kawan dari luar negara boleh try ni.

Sumber

SUMBERTikTok

Comments