Remaja 15 Tahun Dari Ireland Hilang Bercuti Di Malaysia

2720

Seorang remaja perempuan warga Ireland telah dilaporkan hilang dari resort di Seremban pada Ahad semalam.

Menurut Astro Awani, pihak polis daerah Nilai sedang giat menggerakkan usaha mengesan Nora Anne Quoirin, 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan Nora Anne Quoirin daripada pemilik resort tersebut pada jam 1.30 petang Ahad.

Misi pencarian ke atas mangsa melibatkan anggota bomba dan polis dari unit anjing pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Kami menerima laporan polis daripada pemilik hotel yang didiami Nora pada jam 1.30 petang.

Kami telah mengerahkan tiga anggota polis, 10 anggota bomba dan tiga anggota polis bersama anjing pengesan dari K9 dan sedang menjejaki gadis ini.

Setakat jam 11.30 malam Ahad, mangsa belum dijumpai dan gerakan untuk mencari mangsa diteruskan.

Tambahnya, semua KPD dan elemen polis Negeri Sembilan telah dimaklumkan untuk membantu mengesan dan mencari mangsa.

Portal BBC telah melaporkan bahawa Nora mengalami masalah pembelajaran dan ia bukan suatu kebiasaan baginya untuk menghilangkan diri begitu sahaja.

Nora Quoirin tiba di Malaysia pada Sabtu lalu bercuti di Malaysia bersama keluarga selama dua minggu. Mereka sekeluarga menginap di Resort The Dusun Pantai Hill.

bercuti dengan keluarga
Menurut keluarga mangsa, Nora sudah tiada di bilik penginapan pada jam 8 pagi pada Ahad.

Terdahulu, seorang wanita menerusi akaun Twitter ibu saudaranya, Aisling Agnew memuat naik hantaran mendakwa anak saudaranya yang bercuti di Negeri Sembilan menghilangkan diri ketika keluarganya sedang tidur.

Nora Anne Quoirin, 15 tahun

Perkara itu kini tular di laman sosial Facebook dan turut dilaporkan BBC News.

Sumber: Astro Awani

 

Comments

comments