Remaja Dibelasah Sekumpulan Lelaki Gara-Gara Cemburu Tengok Girlfriend Bonceng Lelaki Lain

Tular satu video yang memaparkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dibelasah oleh sekumpulan individu di sebuah gerai kosong berdekatan Stadium Mini Bolak Sepak Kampung Gajah, Pasir Salak pada Selasa minggu lalu.

Dilaporkan tujuh lelaki berkenaan memukul dan menendang mangsa di lokasi kejadian sambil dirakam oleh suspek yang lain. Walau bagaimanapun, mangsa tidak membalas pukulan suspek dan menyebabkan dia mengalami kesakitan di perut kerana ditendang.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis telah menahan 10 remaja dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun termasuk seorang perempuan bagi membantu siasatan.

“Kejadian dipercayai berlaku disebabkan mangsa menunggang motosikal sambil dibonceng oleh remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan teman wanita salah seorang suspek berusia 13 tahun” 

Ianya menimbulkan kemarahan dan cemburu terhadap mangsa yang menyebabkan pergaduhan itu berlaku. Mangsa tidak mendapatkan sebarang rawatan di pusat perubatan berdekatan. Walau bagaimanapun, tiada kesan kecederaan didapati di badan mangsa.

Advertisement

Sehubungan itu, polis merampas pakaian yang dipakai suspek seperti dalam video dan telefon bimbit yang digunakan untuk merakam kejadian.

Sumber 

 

Comments

comments