Remaja Galas Tanggungjawab Jaga Adik-Adik Selepas Kematian Ibu Bapa

Nurallesyazwani Sofea bersama adik-adiknya

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!

Itulah gambaran sesuai buat seorang remaja perempuan yang masih bersekolah apabila dia terpaksa memikul tanggungjawab besar menjaga enam adiknya selepas kematian ibu bapa di Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Selepas kematian bapa pada tahun 2019 kemudian disusuli ibunya yang sakit buah pinggang, Nurallesyazwani Sofea Mohd.­ Azman, 17 kini menjaga enam adiknya terdiri daripada lima perempuan dan seorang lelaki.

Enam adik Nurallesyazwani ialah Nur Alleyana Darwina, 4, Nurallysyazwani Sofea, 12, Nurallyqalesyah Damia, 10, Nur Allyfarisyah Najwa, 8, Nur Ally Syafirah Umairah, 6, dan Muhammad Harraz Erfan, 4.

Advertisement

Menurutnya, dia meletakkan dirinya sebagai ibu, kakak dan anak sulung demi menjaga adik-adiknya.  Dia tidak akan berpisah dengan adik-adiknya ke­rana mahu berpegang kepada pesanan ibu agar menjaga adik-adiknya sehingga mereka besar.

“Sebelum ibu meninggal dunia, arwah pesan walau apa pun terjadi kami adik-beradik jangan berpisah. Apa-apa berlaku, jumpa emak saudara, begitu pesan arwah emak kepada saya”.

Dia yang baru berpindah ke rumah nenek di Kampung Bahagia berkata,  akan membiasakan diri tinggal di tempat baharu bersama keluarga baharu untuk meneruskan kehidupan tanpa bapa dan ibu.

“Adik-adik saya masih kecil, mereka sedih kerana kehilangan ibu bapa tapi tetapi tetap me­nunjukan senyum kepada sesiapa yang datang”.

“Kami adik beradik kehila­ngan kasih sayang ibu bapa dan tempat bergantung”.

Katanya kepada UTUSAN.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEUtusan