Remaja Lelaki Dituduh Buang Bayi Yang Baru Dilahirkan Teman Wanita Dalam Semak

Seorang remaja lelaki dituduh membuang bayi yang dilahirkan teman wanitanya di dalam kawasan semak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam Ahmadiah dalam daerah Melaka Tengah pada 29 Mac lalu.

Remaja lelaki dan teman wanitanya ditahan polis pada 31 Mac lalu selepas dipercayai membuang bayi yang baru saja dilahirkan sehingga menyebabkan bayi tersebut meninggal dunia.

Walaubagaimanapun, lelaki berusia 19 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan bunuh bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya yang berusia 17 tahun dibacakan.

Advertisement

Remaja lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh bawa kepada hukuman ganting sampai mati jika sabit kesalahan dan sebutan semula kes telah ditetapkan pada 19 Mei depan.

Sumber

Comments

comments