Remaja Maut Setelah Semalaman Main Permainan Video Dalam Talian Di Komputernya

46615

Seorang remaja Thailand rebah dan maut di komputernya setelah semalaman bermain permainan video dalam talian semasa cuti sekolah.

Piyawat Harikun, 17, bercuti sekolah di akhir Oktober dan menghabiskan masa terluang di dalam biliknya dengan permainan video dalam talian berbilang pemain.

Ibu bapanya berkata dia sering tidak tidur malam dan menutup langsir bilik di waktu siang, bermain video komputer berjam-jam lamanya di rumahnya yang terletak di Udon Thani, utara Thailand.

Sepanjang bermain dia dibawakan makanan bungkus oleh ibu bapanya yang sering meminta dia berhenti, tetapi tidak diendahkan.

Bapa Piawat, Jaranwit, masuk ke bilik remaja itu tengahari Isnin dan terkejut mendapati anaknya terlungkup jatuh dari kerusi komputer, tersandar pada unit pemprosesan pusat komputernya.

Tersusun di atas meja ialah bekas-bekas kosong makanan bungkus dan sebotol soda di kakinya, manakala fon kepalanya terletak di atas satu unit pemprosesan pusat yang lain.

Jaranwit, seorang pegawai tentera udara berkata, dia cuba memberi rawatan kecemasan kepada anaknya, tetapi anak itu sudah meninggal dunia.

Saya panggil namanya dan kata, ‘bangun, bangun’ tetapi dia tidak memberi jawapan. Saya boleh lihat sendiri yang dia dah tiada.

Pegawai perubatan yang memeriksa mayatnya semalam berkata remaja itu meninggal dunia akibat strok, yang dipercayai disebabkan dia tidak berhenti bermain komputer semalaman.

Jaranwit mengakui bahawa anak lelakinya ketagih permainan komputer dan memberi peringatan kepada ibu bapa lain agar menghalang anak mereka dari menjadi ketagih.

Anak lelaki saya pintar dan cemerlang di sekolah, tetapi masalahnya yang paling besar ialah, dia ketagih permainan video.

Saya dah cuba halang dia tentang tabiat main video berjam-jam dan dia berjanji akan mengurangkannya, tapi nasi telah jadi bubur.

Dia ‘pergi’ sebelum sempat berubah.

Saya ingin agar kematian anak saya menjadi contoh dan peringatan kepada ibu bapa yang anak-anak mereka ketagih permainan video.

Mereka harus bertegas tentang masa permainan video anak, atau -anak-anak mereka akan jadi seperti anak saya.

Mayat remaja itu telah dikeluarkan dari hospital dan dibawa ke sebuah kuil Buddha.

Walaupun hatinya hancur, Jaranwit tetap menguruskan pengebumian anaknya. – amazingnara.com

Comments

comments