Rendang Itik Dan Pulut Kuning Terima Respon Positif Dalam Masterchef Australia

masterchef australia

Macam-macam cerita yang diperoleh daripada rancangan Masterchef daripada beberapa negara luar. Namun, lain pula kali ini apabila seorang peserta daripada Malaysia yang dipercayai sudah lama menetap di Australia menyertai rancangan tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Poh memilih untuk menyajikan rendang itik dan dengan pulut kuning disertakan dengan jeruk timun kepada para juri termasuklah Katy Perry sebagai juri jemputan.

Rancangan itu telah disiarkan pada Mei 2020 dan menjadi viral setelah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikTok.

@cik_juliaa

Di hari raya ini marilah kita tengok Masterchef Australia Katy Perry try pulut kuning dan rendang itik #fypmalaysia #malaysiatiktok #fyp #fyp?

? bunyi asal – Juju – Juju

Advertisement

Rata-rata kesemua juri memberikan respon positif terhadap sajian yang dimasak oleh Poh termasuklah Katy Perry yang teruja kerana menurutnya itu merupakan pertama kali dirinya untuk merasakan daging itik.

Bukan itu saja, dia juga secara spontan menari sebagai tanda bahawa dia turut menyukai menu makanan tersebut.

@cik_juliaa

sampai menari ketty pery makan rendang itik.. ?? #malaysiatiktok #fypmalaysia #tiktokforyou #fyp #fyp?

? bunyi asal – Juju – Juju

@cik_juliaa

Balas kepada @madara.uchiha_99 #malaysiatiktok #fypmalaysia #tiktokforyou #fyp #fyp?

? bunyi asal – Juju – Juju

Ramai bangga dengan persembahan daripada Poh yang menyajikan masakan Malaysia kepada juri luar negara meskipun berkemungkinan selera mereka berbeza dengan masakan daripada negara Asia.

Sumber

SUMBERTikTok

Comments