(Resipi) Biskut Tart Cadbury Cuma Guna 4 Bahan Sahaja

Kalau dahulu sebut sahaja biskut tart pasti terbayangkan gabungan luarnya yang gebu dengan jem nenas yang manis berlemak. Kini seiring dengan peredaran zaman, biskut tart telah diolah dengan berintikan coklat Cadbury yang tentunya digemari ramai.

Biskut tart Cadbury ini menjadi popular menjelang hari raya sejak beberapa tahun lalu.

Terdapat pelbagai versi resipi untuk membuat biskut ini, tetapi kami kongsikan resipi paling mudah dengan hanya gunakan 4 jenis bahan sahaja.

Bahan-bahan membuatnya.

Advertisement
  • 250 gram mentega.
  • 1 sudu teh minyak sapi.
  • 3 1/4 cawan tepung gandum (disangai dan diayak).
  • Kepingan coklat Cadbury secukupnya.
  • Kuning telur (untuk kemasan).

Cara-cara membuatnya.

  1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.

  2. Uli sehingga menjadi doh. Pastikan tidak teralu lembut atau terlalu keras.

  3. Simpan di dalam chiller selamat 10 minit sebeum diterap.

  4. Kemudian masukkan doh ke dalam acuan dan terap di atas dulang.

  5. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi.

  6. Akhir sekali sapukan kuning telur di atas biskut dan bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160°C menggunakan kepanasan atas dan bawah.

Siap dan bolehlah disimpan di dalam balang untuk hidangan ketika hari raya nanti. Mungkin juga tidak sempat menunggu raya kerana habis dimakan sebagai kudapan menonton tv.

Tips: Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik dan berkilat, campurkan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning dan juga setitis susu cair.

Sumber

Comments

comments