(Resipi) Cinnamon Roll Lemak Manis Berherba

Dalam bulan Ramadhan mesti wajib nak ada hidangan manisan ketika berbuka. Ha, bolehlah hidangkan Cinnamon Roll yang manis berherba lagi lemak berkrim ni.

Caranya mudah dan pasti memuaskan.

Bahan- bahan diperlukan :

  • 1 cawan susu suam
  • 85 gram butter cair
  • 85 gram gula
  • 1 peket yis
  • 2 biji telur gred A
  • 585 gram tepung tinggi protein (buleh juga guna tepung gandum tetapi kurang lembut)
  • Gula perang
  • Serbuk Cinnamon

Cara-cara membuatnya:

Advertisement
  1.  Campur kesemua bahan di atas (kecuali tepung tinggi protein). Tunggu 10 minit sehinnga yis naik kembang. Kemudian barulah di tambah tepung tinggi protein tadi.
  2. Kemudian uli ke semua bahan-bahan campuran tadi menggunakan hand mixer. Boleh juga gunakan egg beater. Uli sehingga licin dan tidak melekat.3. Tutup adunan selama 30 minit dan biarkan ia naik mengembang. Bahagikan dua adunan sama rata dengan penimbang.4. Ambil 1 bahagian dan bulat-bulatkan. Sedia untuk dicanai.5. Canai adunan nipis dan memanjang supaya gulungan nanti nampak banyak lapisan. Tidak perlu letak tepung pada pelapik. Nanti doh lari-lari susah untuk dicanai.6. Sapu butter pada keseluruhan doh.7. Taburkan gula perang dan serbuk Cinnamon. Tabur penuh dan padat supaya dapat rasa Cinnamon dan bukan roti kosong.8. Gulung dan kemaskan bahagian hujungnya.9. Kemudian bolehlah dipotong ukuran seperti gambar.10. Susun dalam loyang dan tutup sebentar. Biarkan ia kembang sehingga penuh loyang.  Kemudian barulah dibakar dengan suhu 200°C selama 15 minit.11. Ini Original Cinnamon Roll. Untuk dapatkan kesan berkilat macam ni, lepas sahaja keluar dari oven terus sapukan butter. Waktu tengah panas-panas tu.12. Yang ini pula Chocolate Cinnamon Roll. Bezanya cuma taburkan serbuk koko dan chocolate chip pada doh bersama Cinnamon sebelum digulung.

Mesti korang rasa lapar dan teringin untuk menikmati sepotong Cinnamon Roll bersama tea panas sekarangkan. Apa lagi, bolehlah mula ke dapur dan cuba buat sendiri.

kredit : Facebook Asmawati Ayob

Comments