Resipi Kerepek Pasta Rangup Dan Sedap Yang Patut Korang Cuba, Senang Je!

kerepek pasta rangup

Kebiasaannya, pasta akan disajikan dengan kuah untuk menambah keenakan sajian tersebut contohnya sajian spaghetti carbonara, mac and cheese dan macam-macam lagi resipi lain.

Tapi, korang tahu tak pasta juga boleh dijadikan kerepek untuk dimakan bila-bila masa saja.

Seorang pengguna TikTok ada berkongsi satu resipi kerepek yang berasaskan daripada pasta, mudah dan cepat!

@feelgoodfoodie

#pastachips are my new favorite chips! They’re so good and make the best appetizer! #pastatiktok #summertime

? Music Food (Director Cut Mix) – Chad

Advertisement

Antara bahan yang diperlukan :

Bahan A

Pasta yang sesuai (farfalle, cannelloni)

Bahan B

1.Minyak zaitun

2.Keju parmesan

3.Campuran herba

4.Serbuk bawang putih

Cara-cara :

1.Rebus pasta ke dalam air yang mendidih sehingga masak

2.Campur pasta yang sudah dimasak dengan bahan-bahan B sehingga sebati

3.Masukkan bahan-bahan tersebut di dalam airfyer selama 10 minit pada suhu 400 C.

4.Siap untuk disaji. Boleh juga disajikan dengan sos kegemaran masing-masing.

Resipi ini mungkin jarang dibuat oleh sebilangan individu, jadi lepas dah tau resipi ni korang boleh variasikan pasta yang ada kat rumah.

Selamat mencuba!

Sumber

SUMBERTikTok

Comments