(Resipi) Nasi Kari Kambing Adabi Viral

Kari kambing merupakan makanan yang pastinya menjadi kegemaran ramai.  Walaupun ada sesetengah orang tidak makan daging ini kerana pebagai sebab, tetapi jika kena gaya dan ramuannya hidangan ini pasti memikat selera.

Baru-baru ini tuar tentang resipi Nasi Kari Kambing Adabi yang cukup mudah kerana hanya menggunakan kari kambing dalam tin dari jenama Adabi yang memang dikenali kesedapannya.

Anda mungkin boleh mencuba hidangan ini untuk dihidangkan bersama keluarga di pagi raya. Sesekali boleh buat kelainan untuk menambah kemeriahan.

Bahan-bahan diperlukan.

Advertisement
  • 2 1/2 sudu mentega
  • Rempah tumis
  • Bawang Merah
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tin kari kambing Adabi
  • 4 sudu kecil penambah perisa
  • 6 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 6 cawan beras Basmathi (rendam 10 minit)

Cara-cara membuatnya.

  1. Panaskan mentega di dalam periuk.
  2. Masukkan rempah tumis dan bawang yang telah dihiris.
  3. Kemudian, tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan tomato ke dalam tumisan.
  5. Selepas itu, masukkan kari kambing Adabi.
  6. Campurkan penambah perisa.
  7. Tuangkan air ke dalam ramuan.
  8. Kemudian, tuangkan susu cair dan kacau sehingga rata.
  9. Biarkan mendidih.
  10. Masukkan beras Basmathi.

Siap untuk dihidangkan. Membayangkan bau dan rasanya sudah cukup buat kecur air liur. Boleh juga buat untuk berbuka puasa nanti jika tak sabar nak merasai keenakannya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

 

Comments

comments