Resipi ‘Planet Gummy’ Buatan Sendiri, Gula-Gula Viral Di TikTok

Umumnya, warganet akan mula tertarik dengan sesuatu yang baharu lebih-lebih yang viral di laman sosial.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang ingin mencuba satu manisan yang viral di TikTok dinamakan ‘Planet Gummy’. Planet Gummy menjadi perhatian warganet kerana bentuknya yang besar dan lembut sekaligus teksturnya seperti bumi dan bebola mata.

Gambar Hiasan

Namun, kebanyakan manisan ini dijual secara online mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Oleh itu, seorang pengguna laman TikTok @anastasiadessert_ berkongsi satu resipi untuk membuat Planet Gummy ini menggunakan bahan-bahan yang halal.

Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan :

Advertisement

Bahan A :

  • 40 gram gelatin halal
  • 150 gram air sejuk

Bahan B :

  • 200 gram gula
  • 60 gram air
  • 130 gram glukosa

Bahan lain : Pewarna

Cara-cara :

1.Campurkan bahan A di dalam satu mangkuk dan biarkan seketika

2.Campurkan bahan B di dalam bekas yang besar dan gaul sehingga rata di atas api yang sederhana.

3.Matikan api apabila campuran bertukar menjadi pekat

4.Campurkan bahan A serta bahan B dan mix campuran tersebut menggunakan pengadun dengan kadar maksimum sehingga terbentuk seakan-akan buih putih.

5.Bahagikan campuran tersebut kepada dua bahagian untuk warna yang berbeza.

6.Sapu minyak pada acuan supaya gula-gula tidak terlalu melekat dan letak bancuhan tersebut di dalam acuan mengikut kreativiti sendiri. Korang boleh juga tambah contoh perisa seperti blueberry jem di dalam acuan tersebut.

7.Biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam dan korang boleh tengok hasilnya.

@anastasiadessert_

Homemade Planet Gummy ! Dijamin halal #Myfoodie #fyp #planetgummy #asmrcooking

? original sound – junna ?^•?•^?

Walau bagaimanapun, korang dinasihatkan untuk menggunakan gelatin yang mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM kerana terdapat jenis gelatin yang tidak mempunyai logo halal yang diperbuat daripada lemak babi.

Menerusi laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua jenis gelatin yang berbeza melalui cara penghasilan iaitu sama ada menggunakan alkali atau asid. Gelatin yang diperoleh dengan cara pengasidan majoriti daripada kulit babi yang kolagennya masih muda begitu juga dengan gelatin daripada sumber ikan.

Manakala, jenis gelatin yang diperoleh dengan menggunakan alkali atau air kapur diproses daripada lembu, kerbau atau kambing.

Apa-apapun jadi pengguna yang bijak dan selamat mencuba!

Sumber 

 

Comments