(Resipi) Puding Roti Karamel Yang Lembut Dan Enak

Puding karamel merupakan antara pencuci mulut kegemaran ramai. Kombinasi rasa pudingnya yang berlemak, teksturnya yang lembut dan rasa manis dari gula hangus karamelnya menjadikan ia hidangan ideal untuk berbuka puasa.

Puding karamel sangat enak dinikmati ketika sejuk. Pasti kecur air liur dengan hanya membayangkannya.

Resepi puding karamel kali ini dihasilkan dengan menggunakan roti.

Jadi jika ada lebihan roti tidaklah dibazirkan dan boleh dijadikan pencuci mulut yang enak ini. Cara membuatnya cukup mudah.

Advertisement

Bahan-bahan sos karamel.

  • 6 sudu gula pasir.

Bahan-bahan puding.

  • 5 keping roti.
  • 1 cawan susu pekat.
  • 1 1/2 cawan susu cair.
  • 2 biji telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.

Cara-cara membuatnya.

  1. Panaskan gula di dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga menjadi keperangan.
  2. Masukkan gula ke dalam loyang atas bekas puding. Biarkan sejuk.
  3. Kemudian, kisar kesemua bahan-bahan puding.
  4. Masukkan ke dalam loyang karamel yang berisi gula dibakar tadi.
  5. Kukuskan selama 20-30 minit.
  6. Setelah siap, terbalikkan ke atas pinggan dan sejukkan sebelum dihidang.

Rasanya sama enak dengan puding karamel biasa tetapi lebih mudah untuk disediakan.

Sumber

Comments

comments