(Resipi) Roti Mexico Ala-Ala Rotiboy Yang Gebu Dan Rangup

Hari-hari berbuka dengan nasi pasti sesekali bosan dan inginkan kelainan. Apa kata jika cuba resipi roti Mexico yang lembut, gebu dan rangup tu. Anak-anak pun pasti gembira dan berselera.

Roti Mexico atau roti kopi adalah roti yang diisi dengan mentega dan mempunyai topping pastri kopi yang sangat rangup. Di Malaysia, roti ini terkenal oleh pembuat roti, jenama Rotiboy dan sekarang ia biasanya dipanggil sebagai “Rotiboy” di Malaysia dan di seluruh Asia.

Bahan-bahan untuk roti.

Advertisement

  • 250 gram tepung gandum.
  • 50 gram gula.
  • 150 gram susu segar.
  • 1 biji telur kuning.
  • 1 sudu mauripan.
  • 30 gram mentega.

Cara membuat roti.

  1. Masukkan semua bahan dalam satu besen adunan kecuali mentega.
  2. Kemudian pukul sehingga rata.
  3. Seterusnya masukkan mentega dan dipukul sedikit lagi.
  4. Setelah rata, uli adunan menggunakan tangan sampai tepung tidak lagi melekat.
  5. Tutup adunan dengan tuala lembab dan biarkan dalam 40 minit.
  6. Selepas itu, masukkan sepotong mentega (salted) ke dalam doh.
  7. Bulat-bulatkan sebelum ianya disusun di dalam tray. Tutup kembali selama 10 minit.

Bahan-bahan untuk topping kopi.

  • 60 gram mentega.
  • 30 gram gula.
  • 2 sudu serbuk Nescafe (dikacau dengan 2 sudu air suam).
  • 1 biji telur.
  • 70 gram tepung gandum.

Cara membuat topping.

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kelihatan berkrim.
  2. Masukkan telur dan diaduk lagi.
  3. Kemudian masukkan air bancuhan Nescafe dan tepung. Aduk sehingga rata.
  4. Selepas itu, masukkan ke dalam piping bag dan pipingkan dari tengah secara melingkar ke atas roti tadi.
  5. Akhir sekali bakar dalam suhu 170° dalam masa 20 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Jika inginkan roti lebih rangup boleh tambah masa dalam 10 minit lagi.

Siap untuk dihidangkan. Pasti berselera ahli keluarga waktu berbuka nanti. Tambahan pula semenjak PKP ramai yang tidak dapat menikmati Rotiboy yang harum dijual di pasaraya.

Sumber : Facebook Juju Signature.

Comments

comments