(Resipi) Taufu Fa Gula Melaka Ringkas Siap 15 Minit

Taufu Fa merupakan makanan popular pasar malam yang mesti dicari terutamanya sewaktu bulan Ramadhan. Oleh kerana bazar Ramadhan dibatalkan pada tahun ini pastinya ramai yang merindui untuk menikmati keenakan taufu fa ini.

Dengan pilihan gula merah atau gula putih, sebenarnya taufu fa tidaklah susah untuk dibuat. Anda boleh buat sendiri taufu fa ini dan ianya tidak memerlukan bahan yang banyak. Pastinya enak untuk dinikmati ketika berbuka puasa nanti.

Bahan-bahan untuk Taufu Fa Gula Melaka.

  • 1 kotak susu kacang soya
  • ½ paket agar–agar tali
  • Gula Melaka
  • 1 cawan air
  • Sehelai daun pandan

Advertisement

Cara-cara membuatnya.

  1. Didihkan secawan air di dalam periuk.
  2. Masukkan agar–agar tali dan kacau sehingga larut.
  3. Masukkan susu kacang soya untuk beberapa minit ke dalam didihan agar–agar. Tutup api.
  4. Tapis kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk.
  5. Untuk gula Melaka, didihkan air dan gula Melaka, letak daun pandan supaya wangi.

Mudah dan ringkas. Boleh dihidangkan sejuk-sejuk sebagai hidangan pencuci mulut.

Comments

comments