Rindu Nak Mengeteh Sampai Pagi? Kini Restoran & Kedai Serbaneka Dibuka Sehingga Jam 2 Pagi

Akhirnya pengumuman yang dinanti-nanti telah tiba. Setelah sekian lama tidak dapat melepak dengan rakan-rakan sehingga ke pagi buta, hari ini Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa restoran dan kedai serbaneka kini dibuka sehingga jam 2 pagi.

Maka bolehlah kita minum teh tarik di kedai mamak sambil makan megi goreng dan berborak serta bergelak ketawa. Apa pun jangan lupa minta kebenaran isteri tercinta terlebih dahulu.

Kebenaran ini diberikan berikutan terdapat rungutan daripada sebahagian pengusaha perniagaan.

“Banyak rungutan terutamanya di kawasan pelancongan seperti di Langkawi misalnya, mereka terpaksa tutup sehingga pukul 12. Hiburan sudah tidak ada kerana kita tidak benarkan, makan sajalah yang boleh. Jadi bagi pelancong, pengusaha dan sebagainya minta kita supaya melanjutkan tempoh selama dua jam dan mesyuarat bersetuju katanya dalam sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini,” kata Datuk Seri Ismail Sabri.

Advertisement

Jelasnya, ia bukan semata-mata merujuk kepada kawasan pelancongan, malah restoran-restoran, kedai serbaneka dan sebagainya turut menggunakan arahan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan hanya menghadkan waktu operasi perniagaan hanya sehingga pukul 12 tengah malam sahaja bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

Apa pun jangan lupa untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Lepak lepak juga, kesihatan perlu dijaga. Jangan sampai gelombang COVID-19 muncul kembali.

Comments

comments