Rindu Suasana Zoo? Jom Melancong Ke Taman Buaya Secara Maya, Tiket Hanya RM7!

Berikutan pandemik yang berlanjutan memasuki tahun kedua ini, kebanyakan industri pelancongan dan tempat-tempat lawatan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Jika dulu, kita bebas untuk ke mana-mana sahaja kan, tetapi kini aktiviti itu terpaksa dipendam seketika sementara menunggu penularan wabak ini mencapai tahap yang selamat.

Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak, mesti para ibu-bapa dah pening kepala nak cari idea aktiviti anak kan. Yelah, sudahlah tak boleh keluar, sedikit sebanyak akan timbul rasa bosan tu.

Menarik kali ini, Taman Buaya dan Rekreasi Melaka kini menawarkan sesi ‘mengunjungi’ secara maya melalui Google Meet atau Zoom. Wow!

Usaha pihak taman buaya itu dalam tempoh PKP ini sebenarnya sangat unik dan merupakan pendekatan yang bijak dalam usaha untuk mengekalkan operasinya.

Dengan bayaran RM7 sahaja, orang ramai akan berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan yang berada di sana dan demonstrasi memberi buaya makan melalui dua sesi iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.30 petang.

Advertisement

Menerusi perkongsai orang ramai yang sudah pun ‘mengunjungi’ taman itu di laman Facebook, kelihatannya mereka sangat  berpuas hati dengan lawatan maya tersebut. Memang recommended lah!

Buat yang ingin mengikuti lawatan maya itu, korang boleh membuat tempahan di pautan ini ya.

Jom ramai-ramai join, sambil-sambil di rumah, kita bersiar-siar lah sekali di Taman Buaya.

SUMBER

Comments