Robinsons Tutup Operasi Di Malaysia Kerana COVID-19

Gedung beli-belah Robinson Co. (Malaya) Sdn Bhd, kini difahamkan akan menutup dua cawangannya yang terletak di The Gardens Mall dan The Shoppes di Four Seasons Place.

Hal ini demikian kerana, keputusan itu terpaksa dilaksanakan pihaknya susulan permintaan yang lemah serta ketidakmampuan untuk meneruskan operasi.

Rentetan itu, menurut Pengurus Besar Kanan Robinsons, Danny Lim, pihaknya juga memaklumkan mereka terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sehingga terjejas dari segi jualan di gedung berbanding jualan dalam talian, malah akui perubahan landskap pengguna juga menyukarkan lagi syarikatnya untuk berjaya dalam tempoh jangka panjang.

Advertisement

Dalam pada itu, gedung Robinsons di Singapura juga khabarnya tidak ketinggalan mengalami proses pembubaran yang sama dengan pelantikan Cameron Duncan dan David Kim dari KordaMentha sebagai penyelesai sementara.

Untuk rekod, tertakluk kepada pengesahan, penyelesai yang dilantik berharap gedung-gedung ini akan tetap dibuka bagi memudahkan penjualan akhir berlangsung sebelum operasinya ditutup.

Sumber: Bernama

Comments

comments