“Roti John Is A Scam”, Isi Ayam Dan Daging Halus Je, Sos Dan Mayo Berlambak

1847

Setiap kali Ramadan menjelma, Roti John sering menjadi pilihan orang ramai untuk berbuka puasa. Ia biasanya dibeli sahaja memandangkan roti panjang yang digunakan sukar untuk didapati di kedai-kedai biasa.  Ia juga sangat digemari kanak-kanak, menjadikannya juadah popular bersempena Ramadan.

Namun begitu, ada yang beranggapan kebanyakan Roti John yang dijual di bulan puasa seperti satu penipuan. Ia hanya roti yang dilapis dengan telur dadar, sedangkan jumlah ayam dan daging yang digunakan terlalu sedikit, dan jika ada pun halus saja saiznya. Yang banyak hanya sos cili dan mayonis dan hanya ditambah perkataan ‘leleh’ untuk mengecas pengguna dengan harga sehingga RM 7 untuk sebungkus.

Tweet ini menjadi tular menandakan ramai setuju dengan pendapat ini. Namun begitu, bukan semua peniaga Roti John bersikap sebegini, masih ramai yang menjual Roti John yang padat dengan isi dan harga juga berpatutan. Ada Netizen yang mengesyorkan Roti John yang dikira sedap dan berpatutan di Bazar Ramadan yang sering mereka kunjungi.

Roti John Zinger, Bazar Ramadan Saujana Utama, Sungai Buloh

Roti John Berlauk, Desa Pandan

Roti John Legend, Bazar Seksyen 28, Alam Megah, Shah Alam

Roti John Boss Burger Solo, Taman Medan PJ

Jika rajin, anda juga boleh nyatakan Roti John terbaik pernah ada jumpa di ruangan komen. Manalah tahu penulis atau pembaca lain datang ke bazar tersebut, bolehlah beli sebungkus dua. – amazingnara.com

 

Comments

comments