Roti Kelihatan Sudah Berkulat, Ini Rupanya Bahan Sebenar

Sebuah syarikat makanan di China telah mengeluarkan satu produk makanan yang boleh dikatakan cukup menarik perhatian netizen khususnya kepada pembelinya. Namun, kelihatan roti keluaran daripada syarikat berkenaan tampak agak ‘menjijikkan’ dengan inti hijau seperti sudah terlalu lama dan melebihi tarikh luput.

Memetik laporan laman Oddity Central, roti berkenaan telah dijual di platform online Taobao di China dan ianya bukanlah roti yang dipenuhi kulat hijau tetapi merupakan gabungan inti teh hijau matcha dan keju yang kelihatan seperti makanan lama.

Pembeli mula rasa keliru dan menyangka ada syarikat makanan yang sanggup menjual makanan yang sudah berkulat namun apabila mendapat penjelasan,baru mereka tahu konsep yang ingin cuba disampaikan.

Advertisement

“Roti itu kelihatan jelik tetapi ianya sangat sedap dan lembut apabila dimakan”- Pengguna media sosial

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti ini ialah teh hijau matcha Jepun yang berkualiti tinggi serta susu tepung dari New Zealand untuk intinya dan ianya dijual dengan harga AS$ 2.80 (RM 11.52). Boleh tahan mahal juga roti ni tapi ianya berbaloi dengan bahan-bahan yang digunakan.

Walaupun rupa dan teksturnya kelihatan kurang menyelerakan dan rupa tidak menggambarkan keenakan rasanya tetapi gambar roti ‘berkulat’ ini mendapat respon yang positif daripada pengguna media sosial.

Sumber 

Comments

comments