Rumah Baru Lebih Popular Berbanding Rumah Subsale, Ini Antara Sebabnya

Kebanyakkan orang terutamanya yang baru pertama kali membeli rumah rata-ratanya mempunyai pendapat yang berbeze mengenai rumah undercon atau subsale.

Bagi yang memilih rumah undercon beralasan kos kemasukannya yang rendah yang dan lebih selesa dengan rumah baru berbanding rumah subsale. Bagi yang memilih rumah subsale mereka berpendapat kawasan hartanah itu telah matang dan harganya juga kompetetif.

Sebelum itu, jom kita fahami maksud rumah undercon, subsale dan baru ini terlebih dahulu.

Rumah Undercon: Rumah jenis ini merupakan rumah baru yang masih dalam proses pembinaan.

Rumah Subsale: Rumah subsale bermaksud rumah second hand yang pernah diduduki orang sebelumnya.

Rumah Baru: Rumah yang telah siap dan tetapi belum dimiliki oleh sesiapa.

Menurut trend pemilikan hartanah pada tahun 2019, menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia yang membeli rumah undercon berbanding subsales.

Sumber: Mashable SEA

Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku

Kempen Pemilikan Rumah (HOC) tahun lalu telah berjaya menjual 28,000 unit kediaman baharu bernilai RM21 bilion setakat bulan November sahaja. Ini menunjukkan RM18 bilion lebih tinggi berbanding sasaran jualan asal iaitu RM3 bilion sebulan sebelum Kempen Pemilikan Rumah (HOC) berakhir.

Perkara ini adalah kerana rumah undercon adalah produk dari pemaju hartanah. Dan kebiasaanya pemaju hartanah ini akan menawarkan tawaran yang menarik seperti:

  • Kabinet dapur percuma
  • Tempat letak kereta percuma
  • Yuran guaman percuma
  • Rebat
  • Bayaran tempahan yang rendah.

Pembeli perlu menyediakan 15% deposit

Untuk mereka yang berpendapatan bulanan RM2,000 di Kuala Lumpur, kebanyakannya tidak mampu untuk membeli rumah. Ini kerana harga rumah yang tinggi dan pembeli perlu menyediakan sekurang-kurangnya 15% tunai dari nilai rumah yang ingin dibeli.

5 sebab mengapa ramai memilih untuk membeli rumah baru berbanding rumah subsale.

1. Earnest Deposit

Earnest deposit merupakan sebahagian daripada deposit keseluruhan. Bagi bayaran tempahan, pembeli wajib membayar 3.18% earnest deposit.

Sebagai contoh, untuk sebuah rumah apartmen di Subang Bestari yang berharga RM200,000, sebanyak RM7,600 perlu dikeluarkan dan baki 6.82% perlu diselesaikan semasa menandatangani Sales Purchase Agreement (SPA).

2. Deposit

Deposit sebanyak 10% diperlukan dan boleh dibayar menggunakan simpanan tunai atau melalui pengeluaran wang di akaun kedua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pembeli akan menghadapai kesulitan jika tiada wang simpanan dan akaun kedua KWSP pua tidak mencukupi.

3. Yuran guaman

Perlu diingatkan kosnya tidak berakhir dengan 10% deposit sahaja. Pembeli perlu membayar yuran guaman mengikut kiraan yang telah ditetapkan. Anggaran kosnya  adalah 3.5%-4% bergantung kepada harga rumah.

Sebagai contoh, untuk rumah apartmen di Subang Bestari yang berharga RM200,000, pembeli perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM7,000 untuk kos yuran guaman.

4. Penilaian Hartanah

Penilaian hartanah akan dibuat oleh penilai hartanah bertauliah yang berdaftar dalam menetapkan harga semasa rumah tersebut. Anggaran kasar untuk penilaian hartanah adalah 1% atau kurang daripada harga rumah.

5. Proses

Proses membeli rumah dari pasaran subsale biasanya memakan masa di antara 3 bulan sehingga 6 bulan atau lebih. Proses ini juga akan mengambil masa yang lebih lama sekiranya hartanah tersebut mempunyai masalah seperti kaveat, pemaju diisytiharkan muflis, rumah yang  masih berhutang dengan bank, rumah jenis kos rendah, geran yang tidak sempurna, pemilik meninggal dunia dan sebagainya.

Antara faktor lain yang menyebabkan orang ramai memilih untuk membeli rumah baru berbanding rumah subsale adalah kerana berlakunya lambakan pilihan dalam pasaran undercon.

Selain itu, wujud rangsangan oleh pihak kerajaan menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC), Skim Perumahan Belia, Skim Rumah PertamaKu dan Skim MyDeposit.

Namun pembelian hartanah undercon tetap berisiko. Pembeli perlu memastikan projek undercon tersebut bukanlah projek gajah putih atau terbengkalai, pemaju akan bertanggungjawab sekiranya wujud kerosakan, jenis geran hartanah dan ianya bebas dari pemaju hartanah bermasalah.

Malaysia yang kini dilanda kemelesetan ekonomi dan krisis pandemik COVID-19 menyebabkan pasaran hartanah berada dalam keadaan trend yang sangat perlahan.

Sumber : NLPM

Jadi sekarang ialah waktu terbaik untuk membeli rumah idaman anda, khususnya dalam pasaran subsale.

Sumber

Comments

comments