Saintis Cari Sukarelawan Yang Sanggup Dijangkiti COVID-19 Dengan Upah RM19,000

Wabak coronavirus kini merebak dengan sangat pantas di seluruh dunia dan Malaysia kini menemui 18 kes terbaru menjadikan jumlah positif COVID-19 menjadi 117 kes. Beberapa media antarabangsa menjangkakan bahawa vaksin pertama untuk wabak ini akan dikeluarkan sekurang-kurangnya pada bulan hadapan.

Baca: Kementerian Kesihatan Malaysia Akan Menjalankan Ujian Pengambilan Sampel COVID-19 Di Rumah

Kini para saintis sedang berlumba-lumba untuk mencari penawar bagi melawan virus ini. Dalam usaha pencarian vaksin tersebut, mereka telah menawarkan £ 3,500 atau RM19,000 kepada sukarelawan yang sedia dijangkiti virus tersebut.

Seramai 24 orang akan dibayar dalam satu masa dan mereka juga akan diuji dalam sebuah makmal di timur London, sebagai sebahagian daripada eksperimen global.

Advertisement

Peserta dikatakan akan sentiasa dipantau oleh doktor melalui alat perlindungan semasa dalam kuarantin selama 14 hari di The Queen Mary BioEnterprises Innovation Centre di Whitechapel, perkara ini juga telah mendapat kebenaran daripada UK’s Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA).

Sukarelawan akan dijangkiti dengan dua virus coronavirus biasa – 0C43 dan 229E – yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan ringan.

Mereka juga akan merasa gejala batuk atau sejuk seperti pesakit COVID-19 yang lain semasa eksperimen dijalankan. Para saintis juga akan membuat penyelidikan mengenai sejarah kesihatan sukarelawan terlebih dahulu seperti membuat ujian darah, air kencing dan ujian jantung. Peserta yang layak untuk mengambil bahagian akan dibawa ke makmal seterusnya disuntik sebelum dikuarantin selama 14 hari.

Mereka juga tidak akan dapat berhubung dengan sesiapa pun kecuali jururawat dan doktor. Namun untuk mengelak menghilangkan rasa bosan, mereka akan diberikan permainan video dan televisyen sepanjang rawatan.

Virus ini merebak dengan sangat cepat sejak ia muncul pada Disember tahun lalu di Wuhan, China. Namun sehingga kini, tiada penawar yang berhasil ditemukan. Bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan satu ‘website’ khas bagi membantu orang ramai mengesan simptom awal wabak tersebut.

Artikel berkaitan: Kementerian Kesihatan Malaysia Lancarkan ‘Website’ Khas Untuk Anda Periksa Simptom COVID-19

Sumber

Comments