Saintis Cipta Kanta Lekap Boleh Zum Dan Fokus Dengan Hanya Kelipan Mata

478

Ada yang memakainya untuk bergaya tetapi ada juga menggunakannya bagi memenuhi keperluan diri sebagai pengganti kaca mata.

Bukan wanita saja ghairah memakai kanta lekap tetapi semakin ramai lelaki selesa dengannya apatah lagi bagi yang suka bergaya dan tidak mahu aktiviti harian tersekat kerana kaca mata.

Ramai yang memilih memakainya atas faktor mudah namun tidak terkecuali ada juga yang memakai sekadar suka-suka mengikut perkembangan semasa.

Terkini, saintis daripada University of California San Diego telah hadir dengan prototaip kanta lekap yang boleh zum dengan hanya kelipkan mata dua kali.

Kanta lekap sama juga turut boleh memudahkan pengguna memfokuskan sesuatu perkara dengan mudah melalui kawalan mata.

Ia akan mengambil masa setahun sebelum kanta lekap tersebut berfungsi untuk digunakan pada mata manusia.

Prototaip ini hanya berfungsi dalam pelantar khas yang menggunakan beberapa komponen yang perlu diketepikan secara dramatik sebelum manusia boleh memakainya, dan memerlukan ujian penglihatan untuk melihat keselesaan seseorang yang memakainya dengan satu siri elektrod yang diletakkan pada kulit di sekeliling mata.

Tetapi pengunaan kanta lekap yang berteknologi ini adalah salah satu cara alternatif untuk menarik lebih banyak pengguna.

Untuk kawalan pula, kanta lekap ini dikawal menggunakan medan Electrooculographic yang dihasilkan pada mata pengguna apabila digerakkan.

Buat masa ini, untuk menggunakannya, ia masih memerlukan beberapa komponen tambahan yang perlu dipakai manusia dan bukan kanta lekap semata-mata sahaja.

Namun, dengan pelbagai kajian, kita mungkin melihat ia terus berevolusi pada tahun-tahun akan datang.

Kepekaan sistem kanta lekap ini boleh mengesan kelipan mata yang berfungsi seperti lensa zoom pada kamera.

Sebelum kanta lekap ini boleh digunakan dan dikeluarkan, terdapat banyak pembaikan yang diperlukan sebelum menggunakan kanta lekap yang menawarkan fungsi sedemikian.

Google sendiri sebelum ini telah membangunkan kanta lekap untuk membantu pengguna memantau tahap glukosa, namun terpaksa menangguhkannya kerana data yang dihimpunkan melaluinya tidak konsisten buat masa ini.

 

Sumber: GIZMODO

Comments

comments