Saintis Mahu Putuskan Sebarang Interaksi Wuhan Dengan Seluruh Dunia Untuk Hentikan Penyebaran Wabak Coronavirus

15103
coronavirus
Kredit: Darley Shen

Kerajaan China kini menasihatkan orang ramai untuk tidak berkunjung ke Wuhan, China yang merupakan titik permulaan penyebaran wabak misteri dikenali sebagai coronavirus. Sebelum ini, mereka telah mengesahkan virus ini boleh tersebar dengan mudah antara manusia ke manusia lain selepas beberapa kes direkodkan.

Baca: Kementerian Kesihatan China Sahkan Wabak Misteri Coronavirus Boleh Tersebar Antara Manusia Ke Manusia Lain 

Setakat semalam sahaja, sebanyak 300 pesakit disahkan dijangkiti manakala enam kematian telah dicatatkan. Ketua epidemiologi China CDC, Zheng Guang menggesa mereka yang berada di Wuhan untuk tidak meninggalkan bandar tersebut bagi mengelakkan penyebaran ke kawasan lain.

Beliau yang mengetuai usaha membanteras virus ini menjelaskan cadangan ini dibuat daripada pakar yang mengendalikan kes ini yang bimbang penyebaran lebih meluas berlaku. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke Wuhan walau atas apa urusan sekalipun buat masa ini.

11 juta penduduk Wuhan

coronavirus

Wabak coronavirus mula tersebar di Wuhan dan penyebarannya bermula selepas kejadian beberapa penjual di sebuah pasar dijangkiti wabak misteri. Pasar yang menjual haiwan hidup dan eksotik itu kemudian ditutup dan diarahkan untuk kerja pembersihan.

Namun, penyebaran wabak ini tersebar dengan pantas di Wuhan yang mempunyai populasi penduduk seramai 11 juta orang. Sehinggakan mereka yang tidak berkunjung ke Wuhan turut dijangkiti membuktikan penyebaran yang pantas boleh berlaku sesama manusia.

  • Wuhan, China: 258 kes, 6 kematian
  • Guangdong, China: 14 kes
  • Zhejiang, China: 5 kes
  • Beijing, China: 5 kes
  • Shanghai, China: 2 kes
  • Tianjin, China: 2 kes
  • Thailand: 2 kes
  • Taiwan: 2 kes
  • Korea Selatan: 1 kes
  • Jepun: 1 kes

Pakar juga percaya jumlah sebenar mereka yang telah dijangkiti adalah lebih tinggi daripada yang dapat dikesan setakat ini. Malah, pihak kesihatan Hong Kong mengeluarkan kenyataan agar rakyat mereka yang baru pulang dari China terutamanya Wuhan, untuk tidak menyorok keadaan sebenar mereka sekiranya jatuh sakit selesema.

Langkah berjaga-jaga

coronavirus
Sumber

Beberapa negara telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan di setiap lapangan terbang dalam memerika penumpang yang baru tiba di negara. Pasukan kesihatan di Lapangan Terbang Changi turut melakukan imbasan haba terutamanya untuk penumpang yang baru tiba dari China.

Setakat ini tiada wabak koronavirus baharu dikesan di Singapura namun Amerika Syarikat telah mencatatkan satu kes rakyat mereka dijangkiti wabak ini. Seorang lelaki dari Washington dikesan menghidap selesema selepas pulang daripada melancong ke bandar Wuhan, China.

Pesakit berusia 30 tahun itu tiba di Amerika Syarikat pada 15 Januari lalu sebelum lapangan terbang memulakan pemeriksaan pelancong dari Wuhan. Dia kemudian mendapatkan rawatan doktor selepas mengalami gejala penyakit tersebut setelah mengetahui mengenainya di media sosial.

Comments

comments