Saksikan Kuda Ditampar Penjaga, Wanita Ini Buat Laporan Polis

23

Pendedahan seorang wanita di Facebook mengenai insiden terlihat seekor kuda yang ditugaskan membawa pelanggan menunggang di Bandar Hilir, Melaka ditampar penjaganya telah menjadi tular.


Ia seterusnya mencetuskan perdebatan mengenai kewajaran kuda dijadikan bahan perniagaan di mana ia dipaksa membawa ramai pelanggan menyebabkan ia stres. Dan bila ia meragam, ditampar pula.

“Kuda penat, tauke yang kaya.”

Bagaimanapun, pihak yang menjalankan perniagaan menunggang kuda itu telah menghantar mesej kepada pengguna Twitter yang menularkan insiden itu, mendakwa staf mereka tidak pernah memukul kuda tersebut dan telah mendapatkan pengesahan veterinar.  Mereka meminta tweet mengenai kejadian itu dipadamkan, dan mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya enggan akur.

Sementara itu, wanita yang membuat status asal mengenai kejadian tersebut memberitahu telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu untuk membuktikan dia berkata benar.

Ada mendakwa kuda memang perlu ditampar dengan cara tertentu supaya mendengar kata. Ada yang juga membangkitkan isu menggunakan haiwan untuk hiburan, di mana kuda tersebut mungkin berasa letih dan stres kerana membawa ramai manusia dalam sehari. Kita tunggu perkembangan lanjut kes ini. – amazingnara.com

Tinggalkan komen anda