Salah Fakta, BBC Dikecam Hebat Dakwa Yee Sang Berasal Dari Singapura

87

Sambutan Tahun Baharu Cina baru sahaja melabuhkan tirainya. Namun, kemeriahannya masih lagi dirasai.

yeesang

Sebut sahaja Tahun Baharu Cina, pasti teringat Yee Sang iaitu makanan yang sinonim dengan sambutan perayaan tersebut di Malaysia.

Tahukah anda, Yee Sang berasal dari Malaysia. Makanan tradisi masyarakat Cina ini diperkenalkan oleh seorang penduduk dari China dikenali sebagai Loke Ching Fatt yang bermigrasi ke Tanah Malaya sekitar tahun 1940-an.

Lebih spesifik lagi, Yee Sang telah dikomersialkan di Seremban, Negeri Sembilan.

Namun lain pula yang dilaporkan oleh BBC apabila mereka mengeluarkan kenyataan yang salah mengenai makanan tradisi itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

yeesang

Menurut laporan BBC mereka menyebut Yee Sang sebagai ‘Singapore Salad’ yang mula diperkenalkan oleh empat orang chef dari Singapura pada tahun 1960-an.

yeesang

yeesang

Media barat sering mengeluarkan kenyataan dan laporan yang tidak tepat mengenai makanan di Asia. Diharapkan selepas ini mereka mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Sumber Berita: The Vocket

Comments

comments