“Sampah Punya Servis, Punya Banyak Proton X70 Takkan Tak Ada Parts” – Pengguna Proton X70

Pasti ramai yang teruja dengan pelancaran kereta nasional terbaru, Proton X50.

Dengan spesifikasi yang cukup mantap dan ramai yang telah membuat spekulasi mengenai harganya walaupun belum diumukan secara rasmi; ramai yang menjangkakan harga Proton X50 berada dalam lingkungan harga Honda HRV dan seangkatannya.

Namun, tidak kurang juga kekesalan yang diluahkan oleh pengguna Proton sendiri.

Sebagai contoh, seorang pengguna Proton X70 telah meluahkan kekecewaan beliau apabila baru 10 bulan menggunakan kenderannya, pelbagai masalah telah timbul.

Advertisement

Sudah menghantar kereta ke Proton Service Center pada 2 Oktober, kini sudah 3 minggu tiada berita tentang stok alat ganti

Kereta baru 10 bulan, dah keluar EPB fault. Berapa lama nak tunggu? Sampah punya servis.

Beliau sudah membuat laporan di ibupejabat tetapi mereka berdolak-dalih dan menyuruhnya menghubungi pusat servis pula. 

Punya la banyak kereta Proton X70, takkan alat ganti tak cukup?

Rata-rata netizen menyarankan agar beliau membuat laporan ke tribunal pengguna. 

Ada juga yang menyuruhnya “reset” semula EPB. 

Beberapa pengguna lain berpendapat bahawa Proton seharusnya mempercepatkan proses penggantian alat ganti kenderaan mereka, terutamanya brek dan lain-lain.

Pada pendapat kami, mana-mana kereta pun pasti ada masalahnya, cuma bab waranti dan after-sales memang cukup penting. Semoga kes brader sorang ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sumber : Facebook Proton X70 Owner Club Malaysia

Comments

comments