Samsung Galaxy Note 10 Dilancarkan Di Malaysia, Semua Unit Untuk Pre-Order Sudah Habis Dijual

652

Pre-order untuk Samsung Galaxy Note 10 dan 10+ baru sahaja dilancarkan minggu lalu dan nampaknya unit tersebut sudah habis dijual sebelum majlis pelancaran secara rasminya semalam.

Melalui majlis pelancaran semalam, Presiden Elektronik Samsung Malaysia iaitu Kim Yoon Soo memaklumkan kesemua unit untuk pre-order sudah habis ditempah sehingga jam 12 tengahari semalam.

telefon pintar samsung galaxy note 10

Model Samsung Galaxy Note 10 dan 10+ dengan memori sebesar 256GB dijual pada harga RM3,699 dan RM4,199. Manakala untuk model berkapasiti tinggi Galaxy Note 10+ dengan 512GB dijual pada harga RM4,799. 

Note 10+ didatangkan dengan skrin sebesar 6.8 inci dan skrin 6.3 inci untuk Note 10. Kamera untuk Note 10+ hadir dengan gabungan sensor 12-megapixel, 16-megapixel, 12-megapixel dan 3D TOF Megapixel.

Selain turut didatangkan dengan kamera utama, kamera ultra wide dan lensa zoom. Manakala Note 10 dilengkapkan dengan kamera yang sama tetapi tidak disertakan dengan sensor kamera 3D TOF Megapixel.

telefon pintar samsung galaxy note 10
Kedua model ini sudah boleh ditempah di Malaysia secara pre-order beberapa jam selepas pelancaran di New York sebelum ini. Melalui pre-order tersebut, pembeli akan menerima Galaxy Buds true wireless headsets  secara percuma untuk Galaxy Note 10. Manakala untuk Note 10+ 256GB , pembeli akan menerima upgrade percuma kepada model 512GB.

pelancaran samsung galaxy note 10
Program pre-order ini sepatutnya berlangsung sehingga 18 Ogos namun Samsung Malaysia mengumumkan kesemua unit sudah habis dijual. Samsung Malaysia menyarankan kepada pembeli yang ingin membeli pre-order untuk menghubungi  retailers dan telco yang mendapat kerjasama bagi memeriksa stok sekiranya ada.

Sumber: The Star

Comments

comments