Sanggup Bunuh Kucing Dalam Mesin Penggering

120

Satu rakaman CCTV telah tular mengenai dua orang lelaki bertindak kejam apabila tergamak membunuh seekor kucing betina terbiar yang sedang bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering.

Kejadian berlaku di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria, pada jam 12.30 tengah malam selasa lalu. Perkara itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan dan turut dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia.

Menerusi rakaman berdurasi selama dua minit 50 saat itu, kelihatan dua lelaki yang juga pelanggan dobi berkenaan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering. Mereka kemudian pergi meninggalkan lokasi sambil membawa baju-baju yang sudah dibasuh.

Tetapi mereka kembali semula dan memasukkan duit syiling serta menekan butang mula pada mesin yang dimasukkan kucing tadi. Bangkai kucing itu ditemui seorang pelanggan dalam keadaan berlumuran darah dan laporan dibuat kepada pengusaha dobi tersebut.

Pihak pengurusan dobi berkenaan kemudian menghubungi Persatuan Haiwan Malaysia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat. Persatuan Haiwan Malaysia mengambil keputusan membuat laporan polis pada jam 11 malam semalam berdasarkan bukti rakaman CCTV yang diperoleh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menyiksa dan membunuh haiwan dan tindakan mengesan suspek sedang dilakukan.

Ramai netizen mengecam tindakan dua lelaki tersebut dan mengatakan hukuman berat perlu diberikan kepada mereka erana menyiksa haiwan yang tidak bersalah itu.

Sumber: Berita Harian

 

Comments

comments