Sanrio Hello Kitty Town Di Johor Alami Kerugian Besar, Bakal Ditutup Sepenuhnya Hujung Tahun Ini

2939
Alt text

Penutupan Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town di Johor pastinya  berita yang menyedihkan buat peminat Hello Kitty di Malaysia ini. Satu-satunya taman tema kartun popular di Malaysia itu dijangka tutup sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Taman tema yang dibuka pada tahun 2012 itu dikatakan mengalami kerugian besar dengan jumlah pengunjung yang tidak menemui sasaran. Selain itu, masalah penjualan tiket juga antara punca kerugian besar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung, penutupan taman tema itu tidak akan memberi kesan kepada jumlah pengunjung negeri Johor.

“Saya yakin penutupan itu akan hanya membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor Tahun 2020 (bermula pada 1 Januari) dan tidak akan menjejaskan keseluruhan ketibaan pelancong ke negeri ini.”

Selain itu, kerajaan negeri juga tidak bergantung hanya pada satu jenis produk perlancongan sahaja. Sanrio Hello Kitty Town akan ditutup secara rasmi pada 1 Januari 2020.

Sumber: Awani

Comments

comments