Kluster Baru Dikesan Di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil

depot bukit jalil

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan wujud satu kluster baru COVID-19 melibatkan penghuni di depot tahanan Imigresen di Bukit Jalil, semalam. Untuk pengetahuan, seramai 645 tahanan telah selesai disaring dan menjalani ujian.

Setakat ini, seramai 35 tahanan telah disahkan positif sementara seramai 210 orang lagi masih menunggu keputusan. Kesemua kes positif dikatakan membabitkan individu bukan warganegara iaitu 7 warga Myanmar, 15 warga India dan masing-masing seorang warga Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

Difahamkan, penemuan kluster ini setelah kementerian mendapat maklumat mengenai keputusan ujian COVID-19, yang melibatkan warga asing yang telah dihantar pulang sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa KKM kini sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan punca sebenar jangkitan itu di kalangan tahanan memandangkan mereka telah ditahan sebelum pelaksanaan PKP lagi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kini pencegahan kawalan seperti proses nyah kuman, pendidikan kesihatan dan kebersihan peribadi serta penekanan penjarakan sosial sedang dijalankan di sana.

ujian covid-19

Kerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan akan terus dilakukan bagi pengurusan kluster yang di depot tahanan ini.

KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan secara berjadual di semua pusat depot tahanan di Malaysia. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan penyakit ringan, rawatan awal kecemasan, pemeriksaan kesihatan ibu hamil, kesihatan bayi dan kanak-kanak termasuk suntikan imunisasi berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk mengesan kes jangkitan COVID-19 di sana.

Sumber

Comments

comments