“Saya Bukanlah Pengkid Dan Masih Lagi Lurus”

2846

Demi cinta seorang wanita yang berwatakan seperti lelaki, kini telah berubah menjadi seorang gadis yang jelita dan ayu berkat bimbingan seorang suami.

Ain Nurhasmiza Hizamuddin, 21, persahabatan yang dijalinkan kekal sehingga ke jinjang pelamin bersama Kamal Shahizad Sayran, 22, yang dikahwininya pada 25 Januari lalu ternyata menjadi penghijrahan terbesar dalam hidupnya menurut Harian Metro.

pasangan berkahwin

Kisah ini dikongsikan sendiri Ain menerusi ciapan foto di Twitter miliknya, yang mendapat lebih 11,000 perkongsian dan 16,000 tanda suka daripada warganet sejak dikongsikan, Rabu lalu.

Menurut Ain beliau sangat suka berpakaian seperti seorang lelaki sejak zaman kanak-kanak lagi.

Tapi saya bukanlah lesbian dan masih lagi ’lurus’! Saya memang nampak ‘boyish’ sejak kecil, malah keluarga dan rakan memang sudah tidak boleh buat apa-apa.

Cakaplah apa pun, saya tetap dengan pendirian dan selesa berpakaian seperti lelaki,.

dahulu senang berpakaian lelaki

Beliau menceritakan kisahnya pertemuannya dengan suami sejak 6 tahun lalu yang banyak melakukan perubahan terhadap dirinya kearah yang lebih baik.

Ain berkata, Kamal(suaminya) kerap memuji dirinya lebih cantik bertudung daripada memakai topi.

Setiap hari dia akan cakap ‘lawa kalau kau pakai tudung, buanglah ‘cap’ (topi) kau sebab kau pakai tudung lagi okey.

Dia juga tidak pernah sekali menghakimi pemakaian saya walaupun ketika itu saya baru berjinak-jinak berpakaian seperti wanita tulen.

Menurutnya, keadaan itu berbeza jika melakukan perubahan di depan rakan kerana pasti akan menjadi bahan ketawa mereka.

Ain sudahpun terfikir bahawa sudah tiba masanya untuk dia berubah kerana kasihankan suami yang sentiasa menjadi bahan jelingan pelik masyarakat setiap kali keluar berdua.

Bukan itu sahaja, kawan-kawan suami turut menyindir suami tak sesuai bercinta dengan pengkid.

Saya tahu dia mahu saya berubah tapi (dia) tidak pernah memaksa. Alhamdulillah, saya dikelilingi insan yang sangat menyokong.

Walaupun mereka masih menjadikan kami sebagai ‘bahan’, tapi saya tahu sikit sebanyak mereka gembira dengan perubahan ini.

Walaupun sekarang ini hari-hari dia ‘menghadap’ saya tetapi pujian dan teguran dia mencipta magis istimewa buat saya.

Semoga terus Istiqamah dengan hidup dan terus berubah menjadi lebih baik pada masa hadapan.

 

Sumber: Harian Metro, Twitter

Comments

comments