“Saya Hanya Mampu Menjerit Minta Tolong Padamkan Api Tapi Ramai Yang Lebih Sibuk Merakam Gambar.” – Saksi

4365

Kejadian kebakaran yang berlaku semalam di Pangsapuri Green Garden, Georgetown itu dikatakan diakibatkan oleh kebocoran gas. Akibat kejadian itu, Lee Kok Eang, 62 tahun melecur 80 peratus keseluruhan badannya manakala ahli keluarganya yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu telah memusnahkan dinding rumah yang terletak di tingkat 20 pangsapuri terbabit. Semasa kejadian berlaku, saksi yang dikenali sebagai Dewi berkata bunyi letupan yang kuat telah mengejutkannya di tingkat atas.

Beliau kemudian menjenguk ke luar rumah dan ternampak jirannya dalam keadaan rambut dan badannya terbakar.

“Ketika itu, saya hanya mampu menjerit supaya ada yang membantu memadam api pada jiran kerana ramai yang lebih sibuk merakam gambarnya.”

keadaan rumah yang meletup akibat kebakaran
Mangsa dikatakan cuba untuk menyalakan pemetik apinya untuk menghisap rokok sebelum letupan itu berlaku. Tiga lagi ahli keluarganya yang lain iaitu anak lelaki, menantu dan cucunya sedang tidur di dalam bilik.

Terjaga akibat bunyi kuat itu, anaknya keluar ke ruang tamu dan menghidu bau gas yang sangat kuat dan segera mencabut kepala hos yang menyambung kepada gas. Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Tips ketika rumah berbau gas

seorang anggota bomba memadamkan api dari tong gas
Kebiasaan apabila dapur kegunaan harian telah terlalu lama tidak bertukar ganti ataupun gas tersebut tidak di letakkan secara sempurna dan hose akan berlipat.

Kemungkinan besar hose saluran dapur gas akan bocor di lipatan tersebut. Jika terjadi rumah berbau gas jangan panik. Turuti langkah berkenaan.

1. Tutup injap gas

2. Buka pintu dan tingkap untuk pengudaraan

3. Elakkan membuka sebarang suis sebelum bau tersebut hilang

4. Periksa keadaan tong gas, kepala injap, keadaan silinder dan hose salur ke dapur

5. Lakukan ujian mengesan kebocoran. Jika ada, sila tukar dengan segera.

6. Setelah diganti dengan yang baru, periksa semula dengan menggunakan air sabun.

Tips ini telah dikongsikan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di laman Facebook mereka.

Sumber: Harian Metro

Comments

comments