Saya Nak Tengok Muka Orang Yang Bunuh Anak Saya – Ibu Adib

Luluh hati seorang ibu apabila anak tercinta menjadi mangsa keganasan orang lain sedangkan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ibu kepada anggota bomba, Muhammad Adib iaitu Asma Aziz mahu mereka yang membelasah anaknya sehingga cedera parah ketika insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman dibawa ke muka pengadilan.

Apa yang mereka lakukan terhadap anaknya itu tidak dapat dimaafkan dan Asma mahu melihat sendiri muka mereka yang sanggup membunuh anaknya itu.

Advertisement

Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu, sampai bunuh anak saya. Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan.

Pada masa yang sama, Asma turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan oleh ramai pihak.Allahyarham Muhammad Adib seorang anak yang baik dan cukup rapat dengan keluarga. Malah, arawah seorang yang ringan tulang dan sering membantu keluarga.


Masih terlalu sedih mengingatkan kejadian yang terjadi kepada anaknya, Asma memberitahu beliau sekeluarga belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu ‘menukar’ majlis perkahwinan Adib yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini sebagai kenduri tahlil.

Sumber Berita  : Harian Metro

 

Comments

comments