“Saya Pernah Potong Usus Masa Berat 100 Kg” – Nurul Zahid Mengaku Buat Pembedahan Untuk Kurus

Terbaru, anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah mendedahkan beliau pernah mengalami masalah berat badan yang berlebihan sehingga mencecah 100 kilogram.

Mengimbau kembali saat-saat genting itu, Nurul Zahid berkata, belia telah mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatik iaitu pintasan perut, demi kesihatannya.

“Sejujurnya saya mengaku kepada orang ramai bahawa melakukan prosedur kecilkan kantung perut”

Beliau turut menjelaskan pembedahan tersebut melibatkan kategori gastrektomi lengan atau bahasa lainnya ialah bariatik Sleeve Gastrectomy.

Tambah wanita bekerjaya ini, tujuan beliau berkongsi tentang dirinya adalah bukan untuk menjadi manusia negatif, tetapi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk sentiasa berlaku jujur.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)

“Kalau nak buat proses potong usus ke kecilkan perut ke, janganlah bagitahu exercise. Jangan bagitahu diet atau makan produk jenama sendiri”

Nurul Zahid menyeru orang ramai untuk sentiasa jujur dan jangan malu untuk kongsikan perkara baik. Tambahnya, tidak perlu malu jika melakukan proses seperti potong usus atau kecilkan perut.

Sumber : Instagram

“Bukan untuk kecantikan pun, tetapi untuk kesihatan”

Hasil daripada pembedahan tersebut, Nurul Zahid berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 58 kg daripada 100 kg dalam tempoh setahun setengah. Wow..

Beliau juga ada mengatakan jika seseorang itu cantik, berat 200kg juga akan tetap kelihatan cantik. Namun, proses pembedahan tersebut dianggap sebagai satu alternatif yang lebih cepat dan sihat.

“Saya tak tipu, malah turut memberi cadangan kepada individu yang obesiti untuk buat bariatik. Tak mahal pun sebab pada 11 tahun lepas kos prosedur sebanyak RM15,000. Sekarang dah mahal tetapi berbaloi”

Kesan dari pembedahan itu, Nurul Zahid kini lebih sihat dan hanya makan sedikit saja kerana perut tidak boleh menerima makanan dalam kuantiti banyak. Patutlah makin slim ya..

Sumber : Instagram

Disebalik perkongsian itu, Nurul Zahid sempat menjawab beberapa persoalan mengenai kesan pada kulit selepas melakukan proses itu sama ada akan menggelebeh atau pun tidak.

“Ia bergantung kerana kalau gemuk,ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam”

“Lakukan facial urut muka, boleh juga lakukan urutan badan dua kali seminggu jika malas bersenam, untuk elak kulit kendur”

Menarik perkongsian ini kan. Sebaiknya jika kita mahu lakukan sesuatu, selidik dan ambil lah sebanyak mana ilmu pengetahuan seperti wanita ini. Semoga dapat memberi inspirasi buat semua..

Sumber

Comments

comments

SOURCEGempak.com