“Saya rasa yang ini dah campak banyak kali” Netizen Gelak Tengok Fouziah Gous Demo Pinggan Susah Nak Pecah

Ramai dalam kalangan ibu-ibu dan juga suri rumah gemar membeli barang menggunakan kaedah TV Homeshopping di dalam beberapa saluran yang terkenal di television.

Para penonton yang melihat pasti akan terpedaya dengan demo yang dipaparkan oleh para pengacara  mengenai sesebuah produk untuk meyakinkan kesahihan barang tersebut.

Tetapi kadangkala, demo yang dilakukan tidak semestinya menjadi.

Beberapa hari lepas tular di media sosial dalam progam Go Shop memaparkan host Fouziah Gous bersama Syakirin sedang mempromosikan pinggan mewah berjenama secara langsung.

Advertisement

Dalam video tersebut kelihatan Fouziah Gous sedang menerangkan bahawa pinggan tersebut jenis lasak dan susah pecah,tapi bila tunjuk demo lain pula jadinya.


Apa yang paling melucukan, teman yang bersiaran langsung dengan Fouziah menutup matanya sebelum kejadian ini berlaku.

Selepas pinggan itu dah berkecai riak wajah Fouziah seolah-olah awkward kemudian meyakinkan pengguna bahawa pinggan itu dia dah cuba pinggan tersebut dan sebab itu lah pecah.

Saya rasa yang ini dah campak banyak kali, saya minta maaf” – Fouziah Gous.

Hampir 28,000 netizen yang retweets video ini rasa terhibur melihat gelagat mereka ni.

Kepada anda semua, kadangkala jangan terlalu percaya dengan produk yang dijual melalui progam dalam television kerana tidak semua yang diungkapkan itu betul.

Comments