“Saya Tidak Pernah Dipelawa Untuk Bermadu, Pengkhianatan Terbongkar Selepas Mereka Kantoi”

Sebelum ini suami kepada wanita yang mengunakan nama Hanna Baa di Facebook memberi penjelasan bahawa dia telah meminta izin daripada isterinya untuk memperisterikan Yaya Kuih Bulan tetapi tidak berhasrat menceraikan Hanna.

Cuma dakwanya wanita itu tidak mengizinkan akibat hasutan individu tertentu.

Namun wanita itu telah menulis di Facebook bahawa dakwaan suaminya tidak benar.

Sebaliknya suaminya tidak pernah meminta izin darinya, sebaliknya dia mengetahui mengenai pengkhianatan mereka setelah mereka terkantoi beberapa kali. Hanna Baa menulis:

Advertisement

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah penjelasan saya terhadap isu yang viral.

Saya ingin membetulkan tuduhan orang yang mengatakan ini adalah marketing semata mata. Saya bukanlah terdesak untuk membuat marketing murahan sebegitu tetapi apa yang saya tulis semalam adalah luahan hati yang tersangat sakit akibat dikhianati tetapi tidak sangka ianya menjadi viral.

“Telah fikir dengan mendalam.”

Saya memperjelaskan tindakan saya yang membuat status berkenaan adalah keputusan yang saya telah fikir sedalamnya dan apabila kesabaran saya sudah tak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak-katikkan ke kiri dan ke kanan, menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian.

Kerana MEREKA merasakan saya tidak akan berani ,lemah dan akan terus menangis dan meratap, dan MEREKA merasakan saya adalah seorang yang naif yang akan percaya bulat-bulat dengan penafian-penafian yang menyakitkan.

“Saya sudah merayu tetapi tidak diendahkan.”

Sebelum mengambil tindakan ini, telah banyak usaha yang saya lakukan untuk menyelamatkan rumahtangga saya termasuklah meletakkan maruah saya ke tepi dan bersemuka dengan wanita tersebut ,menghubungi keluarga wanita tersebut namun tidak berjaya seperti yang diharapkan. Rayuan saya tidak diendahkan malah saya pula yang ternampak buruk. Allah saja tahu betapa tertekannya saya padahal saya adalah mangsa namun MEREKA lagi mahir untuk “Play victim’ di depan saya.

Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bukan hanya dapat diselesaikan dalam masa 24jam atau hanya lega perkataan sabar . Saya yang merasa dan menganggung serta mengalami depression yang terlampau apatah lagi ketika di saat saya masih dalam proses recover selepas bersalin ditambah dengan ujian yang sebegini amat-amat memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya.

“Saya tahu setakat mana kemampuan suami saya.”

Bertuah anda yang tidak mengalami nasib seperti saya. Saya juga manusia yang ada limit dan perasaan .Saya bukan malaikat yang boleh reda dan terima dengan hati yang terbuka kerana yang menanggung beban adalah saya.
Kepada MEREKA yang berkenaan, teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yang perlu dijaga sedangkan saya tidak punya apa-apa. Saya tidak pernah mengatakan suami saya memukul saya atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul. Berkenaan dengan tanggungjawab dan nafkah, orang luar boleh berkata apa sahaja tapi saya sendiri yang tahu setakat mana kemampuan suami saya.

Saya juga tidak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yang didakwa tetapi pengkhianatan ini terbongkar setelah beberapa kali kantoi dan bukti ada dengan saya.

“Belum bercerai, tetapi tak sanggup dipermainkan lagi.”

Ya saya masih belum bercerai tetapi saya dalam proses memfailkan penceraian kerana saya sudah tak sanggup dipermainkan lagi.

Saya mengambil tindakan ini setelah perbincangan tidak pernah berakhir dengan baik. Di saat ini ,giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak-anak dan MEREKA boleh meneruskan “play victim” .Good Luck.

” LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN ”

Assalamualaikum..

Sementara itu, terdapat satu salinan skrin dipercayai komen kakak kandung kepada Hanna bahawa suami Hanna putar belit. Dia didakwa sudah berkahwin dengan Yaya dan Hanna sudah beberapa bulan menanggung penderitaan akibat percintaan suaminya dengan Yaya.

“Habis madu sepah dibuang.”

Nampaknya Hanna sudah putus asa dengan suaminya dan wanita yang mengganggu rumahtangganya. Kita berharap agar dia dapat bangkit dari kekecewaannya dan berjaya dalam apa jua yang diceburi dan diingini. Amin. – amazingnara.com

Comments

comments