Sayu Melihat Anak Seorang Dari Kru Kapal Menangis & Kunci Ayah Sebelum Pergi Bertugas, Seakan Ada Firasat

Bukan setakat menggemparkan Indonesia, negara-negara jiran yang lain turut berasa sedih atas insiden yang berlaku pada kapal selam KRI Nanggala 402 baru-baru ini.

Semalam, kesemua kru kapal tersebut dilaporkan terkorban selepas beberapa serpihan dijumpai dan ianya tenggelam sedalam lebih 800 meter. Salam Takziah buat keluarga mangsa.

Apa yang menyedihkan lagi, terdapat satu video yang tular melibatkan salah seorang anak kru kapal selam tersebut yang sedang menangis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isfadiah Mohd Dasuki (@isfadiah)

Advertisement

Menerusi perkongsian dari Insragram isfadiah, video ini diambil sebelum seorang dari kapal kru tersebut pergi bertugas. Anak mangsa tidak membenarkan ayahnya pergi bertugas sambil menangis, sedih tengok!

Bukan tu jer, asfadiah juga mengatakan yang anaknya sempat mengurung ayahnya itu didalam bilik. Allahu, seakan ada firasat yang kuat.

Apapun, semoga kesemua ahli keluarga manngsa kru kapal selam KRI Nanggala 402 tabah menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber

Comments