Sebab Disebalik Rambut Goku Berwarna Perang Semasa Mode ‘Super Saiyan’ Didedahkan

Peminat siri animasi Jepun sememangnya kenal dengan watak utama Dragon Ball iaitu Goku yang rambutnya berubah menjadi perang apabila menjadi Super Saiya.

Anda mesti yakin yang perubahan rambut tersebut adalah effect yang mengagumkan untuk watak Goku. Namun ia mempunyai sebab yang tersendiri dan ini didedahkan oleh Hiroyuki Nakano editor Weekly Shonen Jump yang memaparkan kisah sebenar rancangan itu semperna ulang tahun ke-50 majalah tersebut.

Warna rambut tersebut yang bertukar dari hitam ke perang adalah untuk menjimatkan masa dan usaha pencipta dragon ball iaitu Akira Toriyama.

Advertisement

“It’s a lot of work to color Goku’s hair black. But Toriyama can depict blond hair just by leaving Goku’s hair uncolored, since the manga is published in black and white.”

Ia mengambil kerja yang banyak untuk mewarkan rambut hitam Goku. Toriyama memilih warna perang pada rambut Goku kerana beliau boleh membiarkan rambut tersebut tidak diwarnakan, dimana manga pada zaman itu diterbitkan dalam versi hitam putih.

Manga itu dihasilkan dengan jadual yang ketat. Dengan membiarkan rambut Goku tidak diwarnakan ketika menjadi Super Saiyan ia mengurangkan masa yang diambil oleh Toriyama untuk menyiapkan komik tersebut dengan membolehkan beliau focus dalam rekaan, scene dan susun atur komik.

Sumber: Livedoor

Comments

comments