Sebabkan Kematian Konstabel Polis, Penjual Kuih Dihadapkan Ke Mahkamah

penjual kuih didakwa bunuh polis

Seorang lelaki yang juga penjual kuih didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan menyebabkan kematian seorang anggota polis di Jalan Utama pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Arafat Taufik,35 tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Manomani.

Mohd Arafat didakwa menyebabkan kematian Muhammad Iqbal Mazlan,22 dengan menunggang motosikal secara berbahaya dan menghimpitnya sehingga mengakibatkan mangsa jatuh dan meninggal dunia.

Tertuduh juga kelihatan tenang sepanjang prosiding dan sekadar menjawab faham ketika pertuduhan dibacakan.

Advertisement

Jika disabitkan kesalahan, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

PDRM

Sementara itu, peguam tertuduh, G Shanmugam memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Anak guam saya mengalami kecederaan dan dia perlu dirawat. Saya meminta polis supaya membawanya ke hospital”.

Majistret Jamaliah Abd Manap menetapkan 23 Jun untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sabtu lalu, Muhammad Iqbal maut selepas dihimpit penunggang motosikal yang positif dadah dan mempunyai 11 rekod jenayah ketika mengejarnya.

Sebelum dihimpit suspek, mangsa berpangkat konstabel bersama dua lagi anggota polis yang bertugas sedang melakukan rondaan, mengejar penunggang motosikal tersebut.

SUMBER

 

 

Comments

comments