Sebelum Balik Kenduri Kahwin Ibu Bapa Ini ‘Hadiahkan’ Lampin Pakai Buang Anak Yang Dah Dipakai

2635

Biasanya kalau ke kenduri kahwin memang tak dinafikan agak sukar untuk membawa anak kecil. Bukan sahaja kerana tetamu yang agak ramai tetapi juga keselesaan anak juga perlu diambil kira. Tetapi dalam kita menjaga kepentingan anak, keselesaan orang di sekeliling juga perlu dijaga juga.

Baru-baru ini pula, seorang pengguna Twitter berkongsikan sekeping gambar yang mendatangkan amarah dari netizen. Sebuah lampin pakai buang yang telah dipakai ditinggalkan di atas pinggan di sebuah kenduri kahwin.

Tak logik lah pula kalau nak katakan tiada tong sampah disediakan di kenduri tersebut. Tapi jika betul tiada tong sampah sekalipun takkan tergamak tinggalkan macam tu sahaja?

via GIPHY

Perkara ini bukan sahaja mendatangkan kemarahan daripada netizen tetapi ramai juga yang mempersoalkan sikap ibu bapa ini yang mementingkan diri sendiri. Soal kebersihan pula satu hal lain juga.

screenshot twitter
screenshot twitter
screenshot twitter
screenshot twitter
Macam-macam lah orang sekarang ni. Dunia makin moden tapi benda mudah macam ni pun perlu ditegur. Kepada ibu bapa yang lain jangan tiru aksi ini ya.

Sumber: Twitter

Comments

comments