Sebelum Ke Luar Negara, Isytihar Helmet Elak Dirampas

1480

Akaun Facebook, Ministry of Superbike Singapore telah memuat naik gambar yang memaparkan peringatan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kemasukan helmet yang tidak mengikut piawaian ditetapkan.

Poster ini memberi amaran penting bahawa helmet yang dibawa masuk ke Malaysia yang tidak menepati piawaian United Nation Regulation (UN) R22 Protective Helmets and Their Visor for Driver and Passenger of Motorcycles and Moped, lebih tepat ECE 22 atau Malaysian Standard (MS) 1 Specification for Protective Helmets for Vehicle Users akan menyebabkan helmet terbabit dirampas oleh pihak kastam.

Menurut BikesRepublic.com, helmet yang dibawa masuk tanpa permit daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga boleh menyebabkan helmet tersebut ditahan.

Bagi anda yang akan ke luar negara dan membawa helmet, mereka perlu mengisytiharkan helmet atau sebarang kelengkapan tunggangan lain ketika di lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku sebaik pulang ke tanah air.

Ini kerana anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk menyakinkan pihak kastam bahawa helmet milik anda yang di bawa ke luar negara dan perlu membayar duti kastam jika tidak dapat meyakinkan mereka.

Bagi pelancong yang melawat Malaysia dengan membawa helmet dan tidak mengikut piawaian, mereka akan ditahan semasa mendapat kelulusan dari JPJ atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Walaubagaimanapun, notis itu menyatakan bahawa ia terpakai kepada helmet yang digunakan oleh penunggang motorsikal atau helmet diimport ke negara baru, yang telah dibeli di luar negara dan di bawa ke Malaysia untuk kegunaan peribadi.

Sehingga kini, notis ini masih dalam kekeliruan dan belum mendapat kepastian dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Apa pendapat anda? adakah peraturan ini menyusahkan rakyat, atau adakah perlu untuk menghalang pengimportan peralatan keselamatan yang tidak bermutu?

Comments

comments