Sediakan “FoodBank” Di Semua Cawangan ElewsMart, Usaha Murni Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

Alhamdulillah. Semakin bangga kami melihat satu demi satu kejayaan yang dicapai oleh Ustaz Ebit Lew. Selepas membuka puluhan pasar raya ElewsMart yang menawarkan barangan dengan harga yang murah untuk membantu golongan yang kurang berupaya, kini beliau mara setapak lagi dengan menyediakan “FoodBank” di kesemua pasar raya miliknya.

Dengan berkonsepkan “Take What You Need, Give What You Can”, kehadiran FoodBank ini sudah semestinya dinanti-nantikan oleh mereka yang kurang berkemampuan. Selain itu, orang ramai juga turut berpeluang meletak barangan pada rak yang tersedia.

Kongsi Ustaz Ebit Liew di laman sosialnya:-

 

View this post on Instagram

 

Doakan yer…FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew Saudaraku disebalik ujian ada rahmat FoodBank Take What You Need Give What You Can

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Advertisement

Susulan itu, para netizen telah memuji usaha murni yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Liew ini. Seperti yang kita ketahui, memang ramai rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi, kais petang nak makan pun tak boleh.

Semoga dengan kehadiran FoodBank ini akan sedikit sebanyak membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Tahniah Ustaz Ebit Liew atas usaha anda ini.

Comments

comments