Seekor Lalat Disangka Binatang Buas, Netizen Bengang Aduan Palsu Menyusahkan Pihak Bomba

Tak dinafikan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sememangnya bersedia untuk berkhidmat untuk masyarakat dalam situasi kecemasan. Tak kisah lah situasi kecemasan macam mana sekalipun, pasti mereka akan menghantarkan bantuan.

Seperti aduan kecemasan yang lain, kali ini Pasukan Bomba di Alor Setar menerima aduan terdapat binatang buas di rumah. Tetapi rupa-rupanya…

Menerusi laman Facebook Bomba Alor Setar memberitahu, mereka menerima panggilan binatang buas dalam almari di sekitar kawasan Anak Bukit. Jentera Bomba, anggota, personal protective equipment (PPE) serta alatan yang sepatutnya disiapkan ke lokasi.

Tetapi sebaik tiba di lokasi kejadian, yang dijumpai di dalam almari itu hanyalah seekor lalat. 

lalat atas tapak tangan

Advertisement

“Langau ni bunyi dia memang bising sikit, tuan rumah tak pernah dengar bunyi langau ni”

komen facebook

“Minta anggota buat aduan panggilan palsu. Harap pihak berkuasa ambik tindakan tegas kes macam ni.”

komen facebookSebelum ini, dua adik beradik disyaki sengaja membakar rumah kerana ingin melihat pasukan bomba. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Dua Beradik Disyaki Sengaja Bakar Rumah Sebab Suka Tengok Bomba

Comments

comments